SUKARELAWAN HERO KEBERSIHAN

PENDAFTARAN BARU

Mengenai Kami

Sukarelawan Hero Kebersihan merupakan satu inisiatif di bawah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk mengumpulkan sukarelawan-sukarelawan dalam pelaksanaan aktiviti berkaitan kebersihan persekitaran. Sukarelawan yang berdaftar berpeluang untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh SWCorp

TUJUAN PENUBUHAN

Menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukarelawan berkaitan kebersihan persekitaran dan amalan 3R

Memupuk semangat cintakan kebersihan dan menjadikan amalan menjaga kebersihan sebagai satu tanggungjawab bersama

Memberi pendedahan kepada sukarelawan mengenai pengurusan sisa pepejal dan amalan 3R melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan

AKTIVITI YANG DITAWARKAN

Penggunaan modul Sukarelawan

Aktiviti di lapangan iaitu program pendidikan dan kesedaran(pameran), inisiatif hijau dan program upcycling

Program anjuran SWCorp iaitu seminar, konvensyen, program latihan, lawatan, serta pertandingan anjuran SWCorp

MANFAAT

Pendedahan kepada pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam

Berpeluang menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan SWCorp secara praktikal

E-sijil bagi setiap aktiviti yang disertai

Peluang rangkaian kerjasama dengan agensi berkaitan

Tebus mata ganjaran

Program

Program Akan Datang

Penaja Dan Rakan Strategik

FAQ

Soalan Lazim

Siapakah yang layak menjadi Sukarelawan Hero Kebersihan?

Sukarelawan Hero Kebersihan terbuka kepada semua peringkat umur bermula dari 7 – 90 tahun

Apakah aktiviti-aktiviti yang ditawarkan?

Dengan menyertai Sukarelawan Hero Kebersihan ini, ahli sukarelawan berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti kebersihan persekitaran seperti berikut: 1: Penggunaan modul Sukarelawan Hero Kebersihan Sukarelawan Hero Kebersihan berpeluang mempelajari asas pengurusan sisa pepejal dengan fokus kepada amalan 3R iaitu Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula (Reduce, Reuse, Recycle) melalui modul Sukarelawan Hero Kebersihan yang dibangunkan. 2: Aktiviti kemasyarakatan

Apakah kelebihan menyertai Hero Kebersihan ini?

Setiap aktiviti yang disertai oleh sukarelawan akan diberikan mata ganjaran. Mata ganjaran yang terkumpul akan melayakkan sukarelawan untuk penebusan. Selain itu, aktiviti-aktiviti sukarelawan ini juga turut mendapat kerjasama daripada NGO, IPT dan sekolah bagi mengiktiraf penglibatan sukarelawan dalam aktiviti-aktiviti luar